Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, sekali lagi Kelab Kebudayaan dan Kesenian Universiti Malaysia Pahang telah mengorak selangkah ke hadapan dengan tertubuhnya blog ini. Dengan wujudnya blog ini diharap, pengunaannya dapat dimaksimumkan sebaik mungkin demi kemajuan kita bersama. Teruskan usaha anda dalam memartabatkan seni warisan bangsa yang kian pupus ditelan zaman. Untuk sebarang komen atau cadangan penambahbaikan, silalah kemukakannya ke alamat berikut.
halamanseniump@gmail.com

Akhir kata,
"Senikan CaraMu, Budayakan HidupMu"

Jumaat, Mei 16, 2008

ICCE'08

Pada 12 Mei 2008 yang lalu,bertempat di Hyatt Regency Kuantan Resort,Teluk Cempedak,Kuantan, Kumpulan Tarian Kencana Pawana dan Kumupulan Orkestra telahpun bersama-sama menjayakan Majlis Makan Malam International Conference on Civil Engineering 2008 (ICCE'08).