Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, sekali lagi Kelab Kebudayaan dan Kesenian Universiti Malaysia Pahang telah mengorak selangkah ke hadapan dengan tertubuhnya blog ini. Dengan wujudnya blog ini diharap, pengunaannya dapat dimaksimumkan sebaik mungkin demi kemajuan kita bersama. Teruskan usaha anda dalam memartabatkan seni warisan bangsa yang kian pupus ditelan zaman. Untuk sebarang komen atau cadangan penambahbaikan, silalah kemukakannya ke alamat berikut.
halamanseniump@gmail.com

Akhir kata,
"Senikan CaraMu, Budayakan HidupMu"

Rabu, September 10, 2008

Kesibukan Ogos 2008

Bulan Ogos baharu sahaja berlalu meninggalkan kita. Namun, bahang sambutan kemerdekaan masih terasa. Sambutan kemerdekaan yang ke-51 pada tahun ini kurang terasa sengatannya kerana serentak dengan pilihanraya kecil Permatang Pauh dan beberapa agenda negara yang lain. Di pihak kelab, bulan Ogos merupakan bulan yang begitu padat dengan aktiviti-akviti sekitar kampus dan luar kampus. Belum pun sempat melepaskan penat lelah bertungkus-lumus menjayakan Malam Inspirasi Seni yang penuh kontroversi di KMPh, ahli-ahli Kumpulan memang tidak menang tangan menerima jemputan untuk mengadakan persembahan demi persembahan.

eXpoconvo 2008

eXpoconvo atau lebih dikenali sebagai hari pameran kovokesyen UMP telah pun berjaya dilangsungkan pada 22-24 Ogos 2008, bertempat di Kuantan Parade,Kuantan. Antara kumpulan-kumpulan yang menjayakan persembahan pada kali ini ialah Kumpulan PSSCM , Kumpulan Kompang Paluan Baidura, Kumpulan Koir Solid Harmonie, Kumpulan Tarian Kencana Pawana , dan persembahan Bonang The Rhythm, gabungan Kumpulan Gamelan Astana Sukma dan Kumpulan Orquesta.


Makan Malam Diraja

Seperti pada tahun lalu, Kumpulan Tarian Kencana Pawana sekali lagi diberi kepercayaan untuk membantu menjayakan persembahan pada Makan Malam Diraja sempena Konvokesyen ke-3 UMP.Walaupun terdapat beberapa kekangan pada malam tersebut,namun ahli-ahli kumpulan mampu untuk megatasi segalanya bagi memastikan kelancaran program pada malam tersebut. Selain daripada tarian, persembahan nyanyian juga diselang-selikan sepanjang makan malam berlangsung. Antara artis –artis UMP yang dijemput pada malam tersebut ialah Saudari Norsazila yang mendendangkan lagu Bunga Melur dan Dikir Puteri , Saudari Yunika Kirana yang mendendangkan lagu Berdua Lebih Baik,Saudari Nina Naisya yang mendendangkan lagu Timang Burung dan Saudara Mohd Nizam yang mendendangkan lagu Ketahuan.Selain daripada artis UMP, terdapat juga artis luar yang dijemput iaitu Saudari Eja yang mendendangkan beberapa buah lagu seperti Kemuncak kepada persembahan pada malam itu ialah lagu tema Sukan Universiti Asia,Penasaran dan beberapa lagu popular lain. Kemuncak kepada persembahan pada malam tersebut ialah persembahan Bonang the Rhythm yang dijayakan oleh Kumpulan Gamelan Astana Sukma dan Kumpulan Orquesta.

Barisan artis UMP yang terlibat.Dari kiri, Nizam, Sazila, Nina & Yunika.
Kumpulan Tarian Kencana Pawana

Kumpulan Orquesta

Makan Malam Graduan

Buat julung-julung kalinya UMP meraikan graduan-graduannya. Majlis anjuran JHEPA pada malam tersebut merupakan majlis yang ringkas tetapi penuh makna di mana semua para graduan berkumpul sambil bertukar-tukar kad dan cerita.Majlis yang dihoskan oleh Saudari Norshuhani pada malam itu diserikan dengan dua persembahan tarian oleh Kumpulan Tarian Kencana Pawana iaitu tarian Sewang dan tarian Zapin Kontemporari.


Malam Sahutan Perwaris

Kemuncak kepada Bulan Sambutan Kemerdekaan peringkat UMP ialah malam ambang merdeka ataupun lebih dikenali sebagai Malam Sahutan Perwaris pada tahun ini. Sekali lagi Kelab telah diberi kepercayaan untuk menjayakan beberapa siri persembahan pada malam tersebut.Antara kumpulan yang terlibat ialah Kumpulan Teater Senandika,Kumpulan PSSGM dan Kumpulan Koir Solid Harmonie.

Perhimpunan Siswa Merdeka

Bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),Nilai, Perhimpunan Siswa Merdeka pada tahun ini menyaksikan penyertaan bukan sahaja daripada IPTA dan IPTS,malahan IPG dan institusi-institusi pendidikan lain yang terdapat di seluruh pelusuk Negara ini. Kontijen UMP yang diketuai oleh Saudara Azim disertai oleh ahli-ahli kumpulan yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun satu.

Pesanan daripada meja pengarang.

Kepada seluruh ahli-ahli Kelab yang telah bertungkus lumus secara langsung dan tidak langsung, jutaan terima kasih sekali pun belum cukup untuk menghargai masa ,keringat,penat lelah kalian dalam menjayakan semua aktiviti-aktivit yang disertai. Pengorbanan yang kalian tunjukkan tidak mampu untuk dibalas hatta dengan material sekalipun. Semoga segala cabaran,kesukaran dan kerumitan secara sengaja mahupun tidak sengaja yang dihadapi menjadi panduan untuk menjadi lebih baik pada persembahan lain di masa-masa mendatang.Orang hanya mampu menilai mutu persembahan dan tidak melihat kepada titik peluh dan usaha yang kita gadaikan.Apa yang penting ialah bagaimana kalian memberikan yang terbaik di atas pentas kerana itu membuktikan kesungguhan kalian. Setiap halangan yang kalian/kita hadapi di masa sekarang bukanlah bertujuan untuk melemahkan semangat untuk terus bergiat aktif dalam memperjuangkan seni tetapi akan menjadi kayu ukur sejauh mana kita menginginkan sesuatu. Jadikan halangan yang dihadapi sebagai tunjang pengajaran untuk menjadi lebih kuat.

Akhir kalam,

Senikan Caramu , Budayakan Hidupmu.

3 ulasan:

Nyda Zamani berkata...

happy tengok pencapaian kelab yg sangat2 membanggakan
keep it up guys
teruskan memartabatkan seni budaya di UMP~

all da best KKK..luv ya so much
=)

c h o c o l a t e i.c.e berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

ar"tis"...all mahasiswa ump yang beraksi di pentas persembahan adalah artis....walau sekali