Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, sekali lagi Kelab Kebudayaan dan Kesenian Universiti Malaysia Pahang telah mengorak selangkah ke hadapan dengan tertubuhnya blog ini. Dengan wujudnya blog ini diharap, pengunaannya dapat dimaksimumkan sebaik mungkin demi kemajuan kita bersama. Teruskan usaha anda dalam memartabatkan seni warisan bangsa yang kian pupus ditelan zaman. Untuk sebarang komen atau cadangan penambahbaikan, silalah kemukakannya ke alamat berikut.
halamanseniump@gmail.com

Akhir kata,
"Senikan CaraMu, Budayakan HidupMu"

Ahad, Oktober 19, 2008

Terbaharu

Hampir sebulan halaman kesayangan kita ini bersawang. Tentu pengikut-pengikut setia halaman ini tertanya-tanya apakah perkembangan terbaru tentang Kelab. Pertama sekali, penulis memohon maaf sekiranya sekalian pembaca tertunggu-tunggu akan entri terbaru di pihak kelab.

Sebelum berbicara lebih lanjut lagi, di sini pihak kelab ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Deepavali kepada semua ahli kelab. Hampir sepurnama halaman kita ini terbiar tanpa sebarang perkhabaran.

Pelbagai aktiviti telah pun dijayakan sepanjang bulan Oktober ini. Antaranya termasuklah Senandika Raya oleh Kumpulan Teater Senandika. Selain daripada itu, kumpulan-kumpulan yang bernaung di bawah Kelab juga telah dijemput untuk membuat persembahan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebudayaan Cina untuk Pesta Tanglung peringkat UMP. Kumpulan yang terlibat ialah Kumpulan Gamelan Astana sukma dan Kumpulan Orquesta. Saudara Chan Chin Fei mewakili Kumpulan Koiir Solid Harmonie untuk menyanyikan lagu tema Pesta Tanglung. Jawatankuasa Kebudayaan India pula telah menganjurkan Malam Pesta Cahaya: Golden Heritage, Kumpulan Tarian Kencana Pawana telah dijemput untuk mengadakan persembahan tarian Zapin.

Terbaru ialah Pemilihan Barisan Majlis Tertinggi Kelab untuk sesi 2008/2009. Temuduga yang dijalankan dihadiri oleh beberapa orang calon-calon yang terdiri daripada ahli kelab sendiri. Panel-panel penilai pula terdiri daripada Barisan Majlis teringgi Kelab 2007/2008.

Sebelum mengakhiri kalam pada kali ini, pihak kelab ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada bakal ahli yang terpilih dan kepada yang tidak terpilih janganlah berputus asa. Senikan Caramu, Budayakan Hidupmu.

Tiada ulasan: