Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, sekali lagi Kelab Kebudayaan dan Kesenian Universiti Malaysia Pahang telah mengorak selangkah ke hadapan dengan tertubuhnya blog ini. Dengan wujudnya blog ini diharap, pengunaannya dapat dimaksimumkan sebaik mungkin demi kemajuan kita bersama. Teruskan usaha anda dalam memartabatkan seni warisan bangsa yang kian pupus ditelan zaman. Untuk sebarang komen atau cadangan penambahbaikan, silalah kemukakannya ke alamat berikut.
halamanseniump@gmail.com

Akhir kata,
"Senikan CaraMu, Budayakan HidupMu"

Selasa, Oktober 28, 2008

Annual Grand Meeting & Dinner: Majlis Tertinggi baru sesi 08/09

Tanggal 25 Oktober 2008 yang lalu, Kelab Kebudayaan & Kesenian UMP dengan jayanya telah mengadakan "Annual Grand Meeting & Dinner" bertempat di Vistana Hotel, Kuantan. Majlis Tertinggi sesi 07/08 dengan rasminya telah dibubarkan bagi memberi laluan kepada pembentukan Majlis Tertinggi baru sesi 08/09.

Mantan MT Kelab Kebudayaan & Kesenian sesi 07/08



Majlis Tertinggi
Kelab Kebudayaan & Kesenian
sesi 08/09


PRESIDEN: MUHAMAD FIRDAUS BIN ABDUL WAHAB

NAIB PRESIDEN I: MUHAMMAD FIRDAOZ BIN ABDUL RAZAK

NAIB PRESIDEN II: AINUL NADIRAH BINTI IZAHARUDDIN

SETIAUSAHA AGONG: AAINAA HAZWANI BINTI MOHD HASHIM

SETIAUSAHA KERJA: NURUL ALIA BINTI KHALIL

PENGARAH KEWANGAN: MUHAMMAD BADRUL HISYAM BIN MAHMOOD

PENGARAH PENERANGAN: MOHAMAD ZAHARI BIN HAMDAN



Tahniah dan syabas bagi individu-individu yang berjaya dan bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa sebaliknya teruskan usaha memartabatkan seni dan budaya di Bumi UMP.

Semoga amanat yang diberikan akan dijaga dan dipegang dengan ikhlas demi kemajuan Kelab Kebudayaan & Kesenian akan datang.

Saya mewakili Majlis Tertinggi sesi 07/08 ingin memohon maaf kepada semua pihak yang telah terlibat dengan Kelab Kebudayaan & Kesenian sesi 07/08 secara langsung mahupun tidak. Segala sumbangan dan pengorbanan anda amat kami hargai.



Yang ikhlas,

AZRIL NIZAM BIN MUHAMAD
MANTAN PRESIDEN
MAJLIS TERTINGGI KELAB KEBUDAYAAN & KESENIAN UMP SESI 07/08

7 ulasan:

Nyda Zamani berkata...

Assalamualaikum

pantas masa berlalu pergi dan sedar tak sedar sudah ada 4 generasi pewaris pemerintahan empayar KKK

setinggi-tinggi tahniah kepada barisan MT sesi 2008/2009 yang telah dilantik
semoga kalian akan menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan bersungguh-sungguh demi memartabatkan seni dan budaya di UMP
teruskan perjuangan

kepada barisan MT sesi 2007/2008
jasa kalian membangunkan kelab tidak ternilai harganya
segala penat lelah jerih payah dan pengorbanan kalian teramatlah kami hargai
terima kasih yang tidak terhingga
kerana menyambung amanah yang pernah kami pikul
walaupun kita berlainan generasi namun perjuangan kita tetap sama
berada dalam satu haluan, satu landasan

Senikan caramu budayakan hidupmu
Mantan MT KKK sesi 05/06

p/s: terima kasih jemput akak gi dinner tu. ia merupakan satu penghormatan buat akak untuk kembali dan menyaksikan kegemilangan KKK kini.=)

Raja Azrul berkata...

assalamualaikum...

pertama sekali, mohon maaf kerana tak dapat hadir ke Vistana pada 25 Oct lepas kerana masalah tak dapat dielakkan..

kedua, abang nak ucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada MT baru KKK. Nampak gaya, banyak muka baru ditonjolkan dan abang yakin, muka baru ini mampu mencipta kelainan dalam kelab.

Buat DJ a.k.a pres baru, selamat bertugas. Anda akan rasa tugas anda semakin berat kali ini. Tapi abang yakin, dengan pengalaman anda dalam MT sebelum ini, mampu dijadikan panduan ke arah kegemilangan KKK pada masa akan datang.

Buat Naib pres 1 dan 2, ini adalah pengalaman pertama anda..dan selamat menempuh satu cabaran yang akan menguji kekuatan mental dan fizikal anda. Ingat! Tugas anda adalah amanah! Dan ia perlu dijalankan dengan ikhlas dan bertanggungjawab tanpa mengharap glamor semata-mata. Perjalanan KKK masih jauh, dan pastinya banyak rintangan akan dihadapi.

Buat MT yang lain, bantulah DJ dalam mengemudi kelab. Keluarkan idea anda yang bernas dalam memantapkan kelab dan bekerjalah dalam satu pasukan...

Dan untuk bekas MT, azril and friends...

TERIMA KASIH BANYAK2!! Abang bangga kerana MT lepas meneruskan amanah dalam mengemudi kelab bagi menaikkan lagi KKK di mata UMP dam MAKUM. Insyallah, jasa kalian semua akan dikenang oleh ahli dan satu jer ...

""WELCOME to MY CLUB..."" Hehehe..

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas nasihat yang diberikan. InsyaAllah MT KKK sesi 08/09 akan berikan yang terbaik dan akan sentiasa berusaha utk memartabatkan KKK. Harap diberi tunjuk ajar.

sonatine berkata...

Salam dan salam sejahtera,

InsyaAllah akan kami pikul tanggungjawab dan amanat yang diberikan dengan baik.

Doakan setiap apa yang dibuat akan diberkati olehNya dan akan memartabatkan nama KKKUMP...InsyaAllah(^-^)

azwan bamadhaj berkata...

welcome to my club??
motif...

ini kelab kebudayaan n kesenian la.. bukan raja azrul fan club...

hehehhehe

anyway..
gud luck MT baharu...

all the best....

Rowan berkata...

It was awesome, great dinner, WAY better than last yr...Good luck to the new MT, do your best for the club! Thanks to the previous MT for the great job!

Unknown berkata...

enul..u look cool