Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, sekali lagi Kelab Kebudayaan dan Kesenian Universiti Malaysia Pahang telah mengorak selangkah ke hadapan dengan tertubuhnya blog ini. Dengan wujudnya blog ini diharap, pengunaannya dapat dimaksimumkan sebaik mungkin demi kemajuan kita bersama. Teruskan usaha anda dalam memartabatkan seni warisan bangsa yang kian pupus ditelan zaman. Untuk sebarang komen atau cadangan penambahbaikan, silalah kemukakannya ke alamat berikut.
halamanseniump@gmail.com

Akhir kata,
"Senikan CaraMu, Budayakan HidupMu"

Selasa, Oktober 28, 2008

Annual Grand Meeting & Dinner: Majlis Tertinggi baru sesi 08/09

Tanggal 25 Oktober 2008 yang lalu, Kelab Kebudayaan & Kesenian UMP dengan jayanya telah mengadakan "Annual Grand Meeting & Dinner" bertempat di Vistana Hotel, Kuantan. Majlis Tertinggi sesi 07/08 dengan rasminya telah dibubarkan bagi memberi laluan kepada pembentukan Majlis Tertinggi baru sesi 08/09.

Mantan MT Kelab Kebudayaan & Kesenian sesi 07/08



Majlis Tertinggi
Kelab Kebudayaan & Kesenian
sesi 08/09


PRESIDEN: MUHAMAD FIRDAUS BIN ABDUL WAHAB

NAIB PRESIDEN I: MUHAMMAD FIRDAOZ BIN ABDUL RAZAK

NAIB PRESIDEN II: AINUL NADIRAH BINTI IZAHARUDDIN

SETIAUSAHA AGONG: AAINAA HAZWANI BINTI MOHD HASHIM

SETIAUSAHA KERJA: NURUL ALIA BINTI KHALIL

PENGARAH KEWANGAN: MUHAMMAD BADRUL HISYAM BIN MAHMOOD

PENGARAH PENERANGAN: MOHAMAD ZAHARI BIN HAMDAN



Tahniah dan syabas bagi individu-individu yang berjaya dan bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa sebaliknya teruskan usaha memartabatkan seni dan budaya di Bumi UMP.

Semoga amanat yang diberikan akan dijaga dan dipegang dengan ikhlas demi kemajuan Kelab Kebudayaan & Kesenian akan datang.

Saya mewakili Majlis Tertinggi sesi 07/08 ingin memohon maaf kepada semua pihak yang telah terlibat dengan Kelab Kebudayaan & Kesenian sesi 07/08 secara langsung mahupun tidak. Segala sumbangan dan pengorbanan anda amat kami hargai.



Yang ikhlas,

AZRIL NIZAM BIN MUHAMAD
MANTAN PRESIDEN
MAJLIS TERTINGGI KELAB KEBUDAYAAN & KESENIAN UMP SESI 07/08

Ahad, Oktober 19, 2008

Terbaharu

Hampir sebulan halaman kesayangan kita ini bersawang. Tentu pengikut-pengikut setia halaman ini tertanya-tanya apakah perkembangan terbaru tentang Kelab. Pertama sekali, penulis memohon maaf sekiranya sekalian pembaca tertunggu-tunggu akan entri terbaru di pihak kelab.

Sebelum berbicara lebih lanjut lagi, di sini pihak kelab ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Deepavali kepada semua ahli kelab. Hampir sepurnama halaman kita ini terbiar tanpa sebarang perkhabaran.

Pelbagai aktiviti telah pun dijayakan sepanjang bulan Oktober ini. Antaranya termasuklah Senandika Raya oleh Kumpulan Teater Senandika. Selain daripada itu, kumpulan-kumpulan yang bernaung di bawah Kelab juga telah dijemput untuk membuat persembahan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebudayaan Cina untuk Pesta Tanglung peringkat UMP. Kumpulan yang terlibat ialah Kumpulan Gamelan Astana sukma dan Kumpulan Orquesta. Saudara Chan Chin Fei mewakili Kumpulan Koiir Solid Harmonie untuk menyanyikan lagu tema Pesta Tanglung. Jawatankuasa Kebudayaan India pula telah menganjurkan Malam Pesta Cahaya: Golden Heritage, Kumpulan Tarian Kencana Pawana telah dijemput untuk mengadakan persembahan tarian Zapin.

Terbaru ialah Pemilihan Barisan Majlis Tertinggi Kelab untuk sesi 2008/2009. Temuduga yang dijalankan dihadiri oleh beberapa orang calon-calon yang terdiri daripada ahli kelab sendiri. Panel-panel penilai pula terdiri daripada Barisan Majlis teringgi Kelab 2007/2008.

Sebelum mengakhiri kalam pada kali ini, pihak kelab ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada bakal ahli yang terpilih dan kepada yang tidak terpilih janganlah berputus asa. Senikan Caramu, Budayakan Hidupmu.