Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, sekali lagi Kelab Kebudayaan dan Kesenian Universiti Malaysia Pahang telah mengorak selangkah ke hadapan dengan tertubuhnya blog ini. Dengan wujudnya blog ini diharap, pengunaannya dapat dimaksimumkan sebaik mungkin demi kemajuan kita bersama. Teruskan usaha anda dalam memartabatkan seni warisan bangsa yang kian pupus ditelan zaman. Untuk sebarang komen atau cadangan penambahbaikan, silalah kemukakannya ke alamat berikut.
halamanseniump@gmail.com

Akhir kata,
"Senikan CaraMu, Budayakan HidupMu"

Khamis, Mac 06, 2008

Kumpulan Teater Senandika: Masuk akhbar?

Sinar Harian bertarikh 10 Februari 2008 (Ahad)

Ruangan Bintang@Pahang

Kumpulan Teater Senandika Universiti Malaysia Pahang sekali lagi mencatat sejarah apabila mereka berjaya mendapat tempat ke-7 (yang pertama daripada universiti-universiti teknikal) daripada 16 buah universiti yang bertanding dalam Festival Teater MAKUM 2007 dengan membawa teater 'Pusaka Sari'. Selain itu, salah seorang daripada pelakon 'Pusaka Sari' iaitu Nurul Fazirah Bt Ghazali juga telah memenangi Anugerah Pelakon Harapan.

Tahniah dan teruskan usaha anda.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..
Formalnya blog neh..Ehehehe..Apa2 pun, bleh post gambar2 teater yg lain kat sini? (jika ada) Xyah semua, sikit2 pun ok..Nk tgk...Huhu..