Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, sekali lagi Kelab Kebudayaan dan Kesenian Universiti Malaysia Pahang telah mengorak selangkah ke hadapan dengan tertubuhnya blog ini. Dengan wujudnya blog ini diharap, pengunaannya dapat dimaksimumkan sebaik mungkin demi kemajuan kita bersama. Teruskan usaha anda dalam memartabatkan seni warisan bangsa yang kian pupus ditelan zaman. Untuk sebarang komen atau cadangan penambahbaikan, silalah kemukakannya ke alamat berikut.
halamanseniump@gmail.com

Akhir kata,
"Senikan CaraMu, Budayakan HidupMu"

Jumaat, April 11, 2008

Di Pentas Jurutera : Misi



Misi. Malam Rabu lalu bertarikh 9 April 2008, Kumpulan Teater Senandika telahpun berjaya mementaskan teater yang bertajuk Misi. Sesuailah dengan tajuknya, pementasan teater ini di UMP saya katatan umpama misi kita untuk melihat sejauh mana penonton UMP menilai dan menghargai seni dalam berteater. Tambahan pula, majoriti daripada khalayak pada malam itu terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi yang mengambil subjek "Critical Thinking".

Siapa kata Astaka tidak mampu mementaskan sebuah teater hebat karya Faisal Tehrani? Rata-rata yang datang menyaksikan teater ini pada malam itu kagum dan memuji kebijaksanaan krew produksi untuk menghasilkan sesuatu yang hebat tanpa memikirkan kekangan-kekangan yang ada di bumi UMP ini. Sampaikan ada yang mengatakan bahawa dia tidak menyangka yang krew produksi mampu untuk melakukan kerja sebaik ini. Tahniah untuk kalian semua. Pentas Astaka memang dilimpahi cahaya bak kata Saudara Azlan dalam memonya. Memang rugi rasanya kepada mana-mana individu yang terlepas peluang untuk menyaksikannya.

Kalau mahu mengupas tentang jalan cerita mahupun memberi ulasan tentang lakonan pada malam itu, mungkin saya kurang arif. Tetapi, bagi saya keberanian adik junior untuk meggalas watak yang berat seperti Engku Daffa dan Azman wajar diberikan pujian. Kerana kedua-dua mereka masih mentah dalam dunia seni lakon dan bukannya mengambil jurusan seni persembahan. Kalau dah dinamakan minat, jurutera pun boleh berlakon. Jurutera pun boleh berteater.

2 ulasan:

Nyda Zamani berkata...

Senandika maju setapak lagi ke hadapan.
Syabas dan tahniah buat adik-adik Senandika.
Sesungguhnya anda telah membuktikan bahawa kekangan-kekangan sebegitu bukanlah penghalang untuk terus bergiat aktif dengan teater.
Siapa kata Teater tiada faedahnya kepada Jurutera?

Tahniah Amir dan Azam. Lakonan anda benar-benar mantap. I am so proud of u. Teruskan usaha memartabatkan teater di UMP.

Teater-Seni Memanusiakan Manusia

Keep it up guys!!!

'Senikan Caramu Budayakan Hidupmu'

Raja Azrul berkata...

tahniah..teruskan usaha..

misi anda baru hendak bermula..ingat, jangan mudah berpuas hati apa yang ada ada..takut apa yang ada akan hilang begitu sahaja..

syabas..dan saya akan terus menyokong dari belakang...