Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, sekali lagi Kelab Kebudayaan dan Kesenian Universiti Malaysia Pahang telah mengorak selangkah ke hadapan dengan tertubuhnya blog ini. Dengan wujudnya blog ini diharap, pengunaannya dapat dimaksimumkan sebaik mungkin demi kemajuan kita bersama. Teruskan usaha anda dalam memartabatkan seni warisan bangsa yang kian pupus ditelan zaman. Untuk sebarang komen atau cadangan penambahbaikan, silalah kemukakannya ke alamat berikut.
halamanseniump@gmail.com

Akhir kata,
"Senikan CaraMu, Budayakan HidupMu"

Isnin, Julai 14, 2008

Jejak Warisan Perak-Mengungkap Keindahan Gua Tempurung




Seni itu indah.Keindahan itu ada di mana-mana.Sejak mula tamadun manusia wujud sehingga ke detik ini,alam menjadi ensiklopedia yang tidak berpenghujung untuk mencari dan menggali erti keindahan.Alam dan seni jika digabungkan tentunya akan memiliki nilai estetika yang tinggi.Terpanggil untuk menyingkap rahsia alam semulajadi,Kelab Kebudayaan dan Kesenian UMP sanggup meredah ratusan batu jauhnya dari kampus.Bersesuaian dengan tema "Mengungkap Keindahan Gua Tempurung", Jejak Warisan kali ini ke negeri Perak Darul Ridzuan.


10 Julai 2008




Bangkit seawal jam 5.00 pagi.Setelah semua peserta lelaki berkumpul di depan pondok jaga KK2,bas pun sampai dan membawa peserta-peserta ke destinasi yang dituju.Agak lama menunggu di kk2 kerana salah seorang peserta telanjur tidur.Akhirnya bas bertolak keluar dari kampus kira-kira jam 5.50 pagi.Memandangkan masih di awal pagi,semua peserta kelihatan lena dibuai mimpi setelah beberapa minit menaiki bas.Lebih kurang 40 minit perjalanan,bas berhenti di R&R Temerloh.Perjalanan ke negeri Perak diteruskan dengan menelusuri jalan Pahang-Perak melalui Genting Highland ke Tapah.Akhirnya pukul 2.30 petang,bas pun selamat sampai ke destinasi yang dituju.Kedatangan kami disambut oleh Puan Nor Haziah di rumah PUSPANITA ,Teluk Intan.Selepas selesai melepaskan penat lelah,pada pukul 3.00 petang para peserta ke Dewan Bandaran Teluk Intan untuk sesi reherseal.Kebetulan pula pada malam itu PUSPANITA cawangan Hilir Perak mengadakan majlis makan malam amal.Jadi,Kelab Kebudayaan dan Kesenian UMP terlibat secara langsung bagi menjayakan persembahan pada malam tersebut.Majlis makan malam amal bermula kira-kira jam 8.40 malam.Antara persembahan-persembahan daripada Kelab Kebudayaan dan Kesenian UMP pada malam tersebut ialah tarian Selamat Datang,tarian Sireh Pinang,tarian Zapin Semerah Padi,nyanyian lagu tradisional(Nazam Berkasih) oleh Saudari Norshuani,nyanyian lagu Aku Bukan Untukmu oleh Saudari Faizatul Akmal,lagu-lagu puisi seperti Tunjuk Satu Bintang dan Syair Cinta Illahi(ciptaan sendiri) oleh Kumpulan Lagu Puisi Aufa.Selain daripada itu,ada juga persembahan lain seperti persembahan daripada artis jemputan iaitu Zahid AF.Majlis berakhir kira-kira jam 11.00 malam.

11 Julai 2008

Bangun pagi seawal jam 6.00 am kerana terpaksa menunggu giliran menggunakan bilik air.Kira-kira pukul 7.00 pagi semua peserta menikmati sarapan pagi di Kafeteria Mak Intan.Juadah pagi ialah nasi lemak dan air teh.Selepas itu bertolak ke Gua Tempurung kira-kira jam 8.00 pagi.Setelah 2 jam perjalanan,bas pun tiba di Gua Tempurung.Perjalanan untuk menyingkap keindahan gua ini bermula jam 9.00 pagi.Dijangkakan pakej yang diambil oleh peserta mengambil masa selama 2 jam.Setealh mendengar sedikit taklimat,perjalanan ke dalam gua diteruskan.Cabaran dimulakan dengan meredah anak sungai dalam gua.Kesejukan air sungai begitu terasa.Sepanjang berada di dalam gua,pelbagai rintangan dan halangan yang terpaksa ditempuhi.Boleh dikatakan ekspedisi menyingkap keindahan gua ini agak mencabar.Antaranya,merangkak di celah-celah gua yang berair dan mendaki cerun-cerun di dalam gua yang licin.Selain itu,para peserta juga tepaksa menggelongsor untuk sampai ke satu-satu tempat di dalam gua.Kemuncak ekspedisi di gua ini ialah apabila berada pada satu kawasan yang dinamakan sebagai "Top of the World".Setelah mendaki ratusan anak tangga,para peserta berpeluang melihat dan meninjau keindahan semulajadi yang terdapat di dalam gua.Peserta berpeluang melihat bagaimana rupa stalaktit dan stalagmit yang telahpun terbentuk sejak beribu-ribu tahun yang lalu.Selain itu,terdapat juga formasi-formasi batuan semulajadi yang manyerupai bentuk-bentuk tertenu seperti jantung,tangan dan bermacam-macam lagi.Waktu selama 2 jam tidak terasa dek kerana keindahan gua ini.Pukul 11.00 pagi,kesemua peserta telah pun selamat keluar daripada gua.Keseluruhan peserta nyata begitu berpuas hati setelah melihat sendiri rahsia-rahsia alam yang terdapat di dalam gua Tempurung ini.Difahamkan Gua Tempurung merupakan gua ketiga terbesar di Malaysia selepas Gua Mulu dan Gua Niah di Sarawak.


Destinasi seterusnya ialah Kelli's Castle yang terletak di Batu Gajah.Pembinaan Kelli's Castle ini mirip kepada pembinaan Taj Mahal oleh Shah Jahan.Kelli's Castle juga mempunyai pelbagai tarikan tersendiri.Di kaunter masuk kawasan ini terdapat seekor ular yang agak besar saiznya.Di samping itu,terdapat sepohon pokok yang pada batangnya trdapat muka mirip seekor beruang.Setiap sudut di Kelli's Castle ini pula menjanjikan foto yang menarik.Setelah selesai melawat Kelli's Castle, kira-kira pukul 2.00 petang,para peserta dibawa ke Pasaraya Jusco yang terletak di Ipoh.Bas bertolak balik ke tempat penginapan kira-kira jam 9.00 malam.


12 Julai 2008

Hari terkahir di negeri Perak.Destinasi seterusnya yang akan dilawati ialah Lata Kinjang.Perjalanan ke sana dimulakan dengan sarapan di Kafeteria Mak Intan.Pada pagi ini peserta disajikan dengan nasi lemak dan kuih muih tradisional.Apa yang menarik ialah,jem yang dibuat daripada durian yang dikenali sebagai lempuk.Bagi yang pertama kali menikmati lempuk,sudah pasti rasanya yang lemak manis terpahat di memori.Perjalan ke Lata Kinjang bermula kira-kira pukul 9.00 pagi.Bas tiba di sana kira-kira jam 11.00 pagi.Keindahan alam semulajadi di Lata Kinjang begitu mempersonakan sehinggakan filem Puteri Gunung Ledang pun dibuat di sini.Aktiviti di sini selain daripada melihat-lihat keindahan landskap semulajadi ialah mandi manda.Memandangkan hujan pada sebelah malamnya,jadi peserta dinasihatkan untuk mandi di kawasan yang paling rendah.Waktu tidak terasa dek kerana keseronokan mandi manda dan menikmati keindahan alam di Lata Kinjang.Jam 2.00 petang,para peserta pun bersiap sedia untuk kembali ke UMP.

Objektif untuk menyingkap rahsia keindahan Gua Tempurung nyata tercapai.Selain daripada itu,kunjungan kali ini ke negeri Perak Darul Ridzuan juga telah berjaya meletakkan Kelab Kebudayaan dan Kesenian UMP ke satu tahap yang lebih tinggi apabila diberi kepercayaan untuk menjayakan persembahan di luar UMP dan negeri Pahang Darul Makmur.Petanda yang baik ini diharap dapat dikekalkan agar nama Kelab Kebudayaan dan Kesenian UMP dikenali bukan sahaja di Malaysia malahan seantero dunia.















10 ulasan:

c h o c o l a t e i.c.e berkata...

da trip was superb..rugi sape2 yg xapply join jejak warisan kali nie..
hope jejak warisan yg seterusnya lagi mantap..gi indonesia ke..
thank u kkk sudi pilih saya gi jejak warisan perak..

Nyda Zamani berkata...

ehem3
cam best je pegi jejak warisan perak
hehe
well done guys
hope jejak warisan ni kekal la sebagai salah satu event tahunan KKK
harapan dari perintis jejak warisan ni..hehe(perlu ke statement tu??..motif??..haha)
ape2 pun
happy la tgk KKK UMP skrg
sayang KKK...muahhhhhh!!!!

jumapx berkata...

betul3 jejak warisan kali nie memang best...sronok sgt....harap2 next year kt bt yg lg gempak k..he3
tahniah utk kak akma yg byk bertungkus lumus utk jejak warisan kali nie...

Tanpa Nama berkata...

smmgnyer jejak wrisan kali ini sgt happening.syabas buat MT KKK spashly Akma dan Albrecht,great job!xlupa juga buat sme pesrta jejak wrisan yg mnjdkan pnglaman ke perak bgitu manis.

ps:gigih pgrh penergan wat entry.

Tanpa Nama berkata...

kampung bapak aku, kampung chulek dulu jalan utama ke gua tempurung sebelum ia diswastakan. kawasan tu dulu sawah padi, diairi sungai sejuk gua tumpurung, last aku pergi mase tu banyak lagi kerbau tinggal sekitar gunung tu... sekarang tak tau pergi mana, menyesal tak masuk explore dalam2 mase zaman free-free dulu...
-atbk-

Tanpa Nama berkata...

ye ke?
mesti mase kecik2 dulu men polis sentri kat gua tu kn.hehehe.
time kasih sbb sudi singgah.
singgah2 le selalu.
hehehe..

Raja Azrul berkata...

bila jejak warisan nak ke sarawak dan sabah nie? boleh kak nida tu nak sponsor kapal terbang...kak mel lak akan sponsor penginapan dan abg zam akan sponsor makananan...hehehe

abang? hehehe sponsor air mineral jer..huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Tu Jejak Warisan save budget nama nye..save budget kepada pserta la..bukan kpd pesponcor..hahaha..
Nnt MT baru wat la ke sabah sarawak pulak..x pon ke negara jiran..indonesia..lagi gempak..
Ni cabaran sy ni kpd bakal2 MT baru..

-mr azril-

Raja Azrul berkata...

btul tue azril..cabaran buat MT baru...hehehe...

Tanpa Nama berkata...

tumpang lalu ea..
dj suroh..!!
dia kate gambar aku beso2 sikit..