MAJLIS KEBUDAYAAN UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA (MAKUM)
Latar belakang
Latar belakang
- Ditubuhkan di bawah naungan Jawatankuasa Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib canselor / Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti-Universiti Malaysia.
- Ditubuhkan pada 11 Februari 1993 berlandaskan kesedaran untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh universiti-universiti berhubung dengan hal-ehwal kebudayaan.
- Pada awal penubuhan majlis ini dianggotai oleh lima (5) buah universiti sahaja iaitu ;
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Teknologi Mara (UiTM)
- Kini ia dianggotai oleh dua puluh (20) Universiti.
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merupakan Pengerusi MAKUM bagi sesi 2009/2010 dan Timbalan Pengerusi pula disandang oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Dasar MAKUM : menasihat, memimpin, menyelaras dan memantau perkara-perkara mengenai kebudayaan di institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bertunjangkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
- MAKUM juga bekerjasama membantu Kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) bagi mencapai matlamatnya, iaitu melahirkan masyarakat yang bertamadun, beradab dan berbudaya Timur.
Objektif penubuhan MAKUM
- Mengembangkan seni dan budaya melalui penyelidikan, latihan, Festival, pertandingan, seminar, lawatan kebudayaan dan menyokong dalam menyediakan kemudahan yang lengkap bagi kepentingan aktiviti seni budaya di kalangan mahasiswa IPTA.
- Merancang dan menyelaras perlaksanaan aktiviti seni dan budaya mahasiswa di IPTA.
- Memberi nasihat dan panduan kepada Persatuan, Kelab atau lain-lain badan Kebudayaan dan kesenian di IPTA.
- Menggalakkan penyertaan dan penglibatan mahasiswa berbilang kaum dalam kegiatan kebudayaan dan kesenian di IPTA yang secara langsung dapat mewujudkan integrasi nasional.
- Mengadakan jaringan kerjasama dalam bidang seni dan budaya dengan Agensi Berkaitan kebudayaan dan kesenian.