Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, sekali lagi Kelab Kebudayaan dan Kesenian Universiti Malaysia Pahang telah mengorak selangkah ke hadapan dengan tertubuhnya blog ini. Dengan wujudnya blog ini diharap, pengunaannya dapat dimaksimumkan sebaik mungkin demi kemajuan kita bersama. Teruskan usaha anda dalam memartabatkan seni warisan bangsa yang kian pupus ditelan zaman. Untuk sebarang komen atau cadangan penambahbaikan, silalah kemukakannya ke alamat berikut.
halamanseniump@gmail.com

Akhir kata,
"Senikan CaraMu, Budayakan HidupMu"

Jumaat, Mac 07, 2008

Mac : Episod sebuah perjuangan

Sedar tak sedar, kita kini telah pun memasuki bulan ketiga dalam tahun 2008.Walaupun banyak yang telah kita perolehi sepanjang 2007 berlangsung,namun di tahun ini kita harus berusaha dengan lebih kuat lagi agar kelab yang kita sayangi ini terus-terusan menjadi antara kelab yang disegani baik dalam mahupun di luar kampus. Walaupun Festival Teater Makum 2007 telah pun berakhir,namun semangat untuk terus bertanding masih belum terpadam pada sesetengah hati. Bulan Mac ini pastinya akan menjanjikan sesuatu yang sekali lagi bakal melonjakkan nama Universiti Malaysia Pahang amnya,dan nama kelab khususnya.

Apakah sesuatu yang dijanjikan itu?Sama-samalah kita tunggu dan pesanan saya,sentiasalah "keep-in-touch" dengan blog kelab kesayangan kita ini.Saya akui,kalau hendak dibandingkan dengan kelab kebudayaan dan kesenian di universiti-universiti lain,kelab yang kita sayangi ini masih jauh di belakang.Namun,berbekalkan semangat yang kita ada,sedari majlis tertinggi yang pertama hingga kini,kita mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan universiti-univesiti lain di luar sana.Kemunculan kita di mana-mana pertandingan tidak lagi dipandang enteng oleh mereka.Kerana mereka tahu dan sedar akan kemampuan kita.

Untuk Kumpulan Tarian Kencana Pawana dan Kumpulan Orchestra,doa saya dan semua yang menjadi ahli kelab ini sentiasa bersama anda.Setiap waktu yang kalian korbankan ini pasti akan menjanjikan sesuatu kelak.Menutup entri pada kali ini,saya sertakan sedikit foto untuk tatapan kalian.

"agi idup,agi ngelaban"

4 ulasan:

ikhwan1711 berkata...

Haha...1st comment dr aku....ish...xleh bla la aku gambar ajid tu..hahaha..pose maut ke?? haha...pape pun majulah blog ni untuk sume ahli kelab n ex-ahli kelab kebudayaan...yezza...



-abi ikhwan-

ikhwan1711 berkata...

nk suggest ni...bubuh shout box skali...sng nk mengomel...haha

Raja Azrul berkata...

Tahniah atas wujudnya blog ini. Nasihat saya agar blog ini dapat digunakan sebagai medium penyampaian untuk ahli dan bekas ahli kelab kebudayaan dan kesenian UMP.

Dan, saya juga berharap ia sentiasa di kemas kini agar senior lama mcm kami ini tak terlepas dari mengetahui sebarang isu di UMP.

Insyallah..dan selamat berjaya!!

Madonaldo berkata...


I am Alecia used every single spell worker on the internet, spent untold amounts of money and discovered they are all fakes…i was the fool though; doing the same thing over and over again and expecting different results. In the end, I decided that I wanted a tarot reading to know what my future held for me; I contacted a woman who lives locally to me and she told me about a man named (Dr Abalaka); he does not advertise on the internet, has another job for income, has no set prices, makes no false promises and refuses to help anyone that cannot be helped and even helps for free sometimes, he will give you proof before taking money. He is a wonderful man and he was the only person who actually gave me real results. I really hope he doesn’t mind me advertising his contact on the internet but I’m sure any help/ extra work will benefit him.contact him as dr.abalaka@outlook.com He travel sometimes.love marriage,finance, job promotion ,gambling voodoo,lottery Voodoo,poker voodoo,golf Voodoo,Law & Court case Spells,money voodoo,weigh loss voodoo,any sicknesses voodoo,Trouble in marriage,it’s all he does Hope this helps everyone that is in a desperate situation as I once was; I know how it feels to hold onto something and never have a chance to move on because of the false promises and then to feel trapped in wanting something
more. his cell phone number 5182932141 his website is coming up soon!